1stly nak ucap thanx sangat2 kat awak tao coz snggp jdk teman hati sy...4 sure i'm really2 lurve u honey...saje je 2lis nak bg tao kat awk beberape perkre penting kowt...bg sy la...xtao la bg awk...huhu...kalo awk rse penting,plez remind bout this k... tpi kalo rse xpnting,mybe kte xsrasi kowt...tah la...
PLEASE REMIND THIS DEAR...
-sy ney jenis ske berjln dan xrti dok umh...plez ingat kan sy,yg sy ad rmh n famili...kalo xde owng ingatkan mmg sy wt umh 2 cm hotel la...agak2 nak 'chek-in' sy 'chek-in'...agak2 nak 'chek-out' sy 'chek-out'....
-kalo pg 2 awk msg sy,xp sy xreply sy bkn sngaje xnk reply,masalah nye sy tido la...haha...kalo awk rajin kejut la ea...
-sy paling pantang ble tido sy d'gangu...paling3 sy benci...xp ble owang call,sy akn secre automatiknye bgn dri tido...
haha...
-4 serius,mybe kalo awk tao ney awk akn gelak besa:sy jenis cepat jatuh kan aer mate...mmg snsitif gile...bile terlebey rindu pon bole nangis...haha..
-kdng2 perckpan sy 2 agak wat awk skt aty,xde niat pon nak wt cm 2...mmg xde niat tao...sy kan sayang awk...hik2...
-sy paling ske kalo awk kua g mne2 g tao sy dlu...xde la sy ssh aty ble call o msg awk xpt...
-sy xksh tao kalo awk kua ngan girl tapi bg tao sy dlu ea...2 yg penting...
-sy ney jenis kuat jeles...xtao asl...kdng2 2 ble awk reply msg lewat pon sy akn pk bkn2 tao...hmmm...
-sy paling risau kalo awk xsihat o saket...sy takowt pape jdk kat awk...sy kan sayang awk...
-walau kat mne pon awk brade,ingat la spe sy ney kat aty awk kan...
-ble awk jujo,sy akn jujo k...swear!!...
-tolong jage hati sy bole??ble awk jge aty sye,sy pon akn cube jge aty awk k...
-n 4 last,tolong doakn sy setie ea...sy ney da la mudah jatuh hati...(jujo ea)...haha...
2je la yang perlu kowt awk ambik tao ble awk jdi putera, mr. right, hubby honey dan pape je la kat aty sy....huhu...
BOLEHKAN??
CERITERA HIDUPKU
Thursday, December 30, 2010
Saturday, December 25, 2010
ADA APA DENGAN CINTA..
hey semua.. sebab hari ni saya pergi 2 majlis perkahwinan. saya pulak yang rasa nak kahwin. huhu. tapi tak de calon lagi. ade sape yang sudi jadi teman saya..?
erm.. ada apa dengan cinta? cinta tu fahaman saya bila 2 org (lelaki & perempuan) saling sayang menyayang. tanpa ada pakaan. dan yang penting mesti ada kepercayaan antara 1 dengan yang lain. betul tak?
tapikan kenape semua org didunia ni mngidam yang cantik2 dan hensem2 je yang menjadi peneman hidup? bagi yang tak cantik macam mane? cinta tu berasaskan yang cantik je ke? tak semestinya kan..?
saya pon tak terkecuali dalam golongan diatas. saya juga mengimpikan seorang lelaki yang macam TERMINATOR... macam fahrin ahmad.. lihat shaja pada snyumannya.. pasti gadis kat luar sana terpikat dengan senyuman manisnya.. tambahan lagi dengan body dia yang mengancam.. fahrin ni cukup package.. ade degree in law.. sape yang tak nak wat menantu kan..
erm.. ada apa dengan cinta? cinta tu fahaman saya bila 2 org (lelaki & perempuan) saling sayang menyayang. tanpa ada pakaan. dan yang penting mesti ada kepercayaan antara 1 dengan yang lain. betul tak?
tapikan kenape semua org didunia ni mngidam yang cantik2 dan hensem2 je yang menjadi peneman hidup? bagi yang tak cantik macam mane? cinta tu berasaskan yang cantik je ke? tak semestinya kan..?
saya pon tak terkecuali dalam golongan diatas. saya juga mengimpikan seorang lelaki yang macam TERMINATOR... macam fahrin ahmad.. lihat shaja pada snyumannya.. pasti gadis kat luar sana terpikat dengan senyuman manisnya.. tambahan lagi dengan body dia yang mengancam.. fahrin ni cukup package.. ade degree in law.. sape yang tak nak wat menantu kan..
MR CHARMING
so, berbalik pada tajuk asal.. ada apa dengan cinta? cinta tu terletak pada hati atau rupa seseorang? saya pegang pada kedua2nya.. kalau hati baik... tapi rupa macam ni..
saya pon tak teringin nak wat suami...
so renung2 kan la...
cinta tu berpegang pada rupa? hati? kedua2nya?
salam..
Friday, December 24, 2010
J O D O H
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Thursday, December 23, 2010
NUR HIDAYAH AINOL ZAMRIN
saya ialah NUR HIDAYAH anak kepada pasangan bahagia AINOL ZAMRIN dan RUSLIZA..
saya satu-satunya anak perempuan kepada pasangan ini. saya mempunyai 3 orang lagi adik lelaki dibawah saya. mereka tidaklah secomel saya kerana saya lebih comel daripada mereka ( siapa lagi nak puji kita kalau kita sendiri tak puji diri sendiri kan? )
saya dilahirkan pada 24 FEBRUARY 1991 bersamaan hari ahad.. pagi2 subuh saya dah keluar. kecik2 dulu ibu cakap saya ni kuat menangis.. sampai ibu pon tak larat nak jaga... sedihnya dengar kan...
tapi nak wat mcam mana.. dah anak ibu.. ibu mesti jaga..
ayah dan ibu lah yang telah membesarkan saya dan rela melayan kerenah saya ni..
terima kasih ayah dan ibu...
mmuuaahhxx..
saya satu-satunya anak perempuan kepada pasangan ini. saya mempunyai 3 orang lagi adik lelaki dibawah saya. mereka tidaklah secomel saya kerana saya lebih comel daripada mereka ( siapa lagi nak puji kita kalau kita sendiri tak puji diri sendiri kan? )
saya dilahirkan pada 24 FEBRUARY 1991 bersamaan hari ahad.. pagi2 subuh saya dah keluar. kecik2 dulu ibu cakap saya ni kuat menangis.. sampai ibu pon tak larat nak jaga... sedihnya dengar kan...
tapi nak wat mcam mana.. dah anak ibu.. ibu mesti jaga..
ayah dan ibu lah yang telah membesarkan saya dan rela melayan kerenah saya ni..
terima kasih ayah dan ibu...
mmuuaahhxx..
Subscribe to:
Comments (Atom)


